Terima Kasih Sudi 'FOLLOW' Mr.Mama

Thursday, March 31, 2011

Bun Inti Kelapa


Apa habaq semua???..... . Alhamdulillah minta2 tu semuanya sihat2 belaka... . Makan roti buatan sendiri mr.mama n family hari ni. Inti kelapa tu mr.mama n wife buat semalam, jadi lepas settle ja solat subuh wife mr.mama tolong letakkan inti tu dalam doh roti tu. Mr.mama dok prepare untuk anak2 p sekolah. Dah kali ke-2 mr.mama buat bun kelapa ni, tapi buat tak banyak pun dalam 20 biji saja...tu pun x sampai petang dah tinggal bekas saja...hahahahaha..... . Maknanya sedap la tu.... . Mai pakat2 tengok...Selamat Menjamu
Mata....


Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ http://www.jintanmanis.com/

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.


Bahan Untuk Inti
  • 400 gm air
  • 250 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
  • 100 gm gula merah / gula melaka
  • 50 gm gula pasir
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan disiat dan disimpul
Cara-cara :

Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan pula bunga cemgkih dan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.



Wednesday, March 30, 2011

Udang Masak Masala


1st n3 setelah beristirehat. Nak atuq ayat pun dah tegagap-gagap...kakakaka...., maklumla lama tak tekan2 laptop ni.. . Berbalik pada n3 hari ni, mr.mama buat menu ni tengahari tadi buat santapan perut, lama tak masak jadi buntu la jugak mulanya apa nak masak. At last terkeluaq la resepi ni, mai la pakat2 tengok.... . Selamat Menjamu Mata...

Bahan-bahan :
  •  1kg udang besar/sederhana besar
  • 3 biji bawang besar - dihiris halus
  • 3 biji bawang besar - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 6 ulas bawang putih - dikisar
  • 4 sudu besar rempah kari ikan Babas
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (ikut suka nak letak ke tak)
  • 2 ranting daun kari
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • Garam secukup rasa

 Cara-cara :
  1. Bersihkan udang. Gunting misai dan muncung tajam tanpa membuang kepala. Peram udang yang telah di bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk cili, 1 sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20 ~ 30 minit.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dihiris. Tunggu sehingga naik wangi, masukkan bawang besar yang dikisar dan campuran halia+bawang putih yang tinggal, rempah kari, jintan manis dan jintan putih.
  3. Apabila gorengan naik bau wangi, masukkan udang yang di peram. Masukkan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali. Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat. Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit. Masukkan garam secukup rasa dan siap untuk di hidangkan.
  4. Udang yang masak terlalu lama akan mengecut dan kemanisan semulajadi udang akan hilang. Masa masakan udang adalah amat mustahak. Udang yang besar selalunya dimasak 7 - 8 minit dan 3 - 6 minit untuk udang yang sederhana besar. Adalah mustahak tentukan kelikatan kuah sebelum memasukkan udang.


Anak Mamu Kembali.......


Selamat bertemu kembali semua...... . Alhamdulillah dipanjangkan umur olehNYA untuk menekan-nekan bijik2 huruf kat laptop ni... . Lama rasanya mr.mama rehat, rasa rinnnnndu sangat kat blog mr.mama ni. Tima kaseh la buat pengunjung2 mr.mama, walaupun tak hup date tapi masih ada yang sudi terjah2 kat blog ni. Nanti mr.mama buat kunjungan balas yaaaa..... . Insyaallah nanti akan menyusulilah n3 dari mr.mama buat korang semua. LAP U ALL LAH.....


Saturday, March 26, 2011

Sekejap Saja.....


Baru lepas melaksanakan kempen 'EARTH HOUR 2011'
Nie mr.mama nak bgtau yang mr.mama nak rilex sat nooooo.... . Ada yang perlu mr.mama selesaikan....perkara2 yang penting dulu. Tak lama pun dalam sehari dua saja rasanya.....
Okey LAP U ALL LAH.....

Friday, March 25, 2011

Earth Hour 2011 Mari....Mari.....Mari.......

(gambar dari ehsan GOOGLE)

Kempen Earth Hour ini mula menular sejak dulu lagi. Cuma kali ini, kempen ini dijalankan secara besar-besaran. Nampak lebih ketara pada tahun lepas kerana ramai blogger yang mengikuti kempen ini. Pendek kata, ramai blogger kat Malaysia nih tak online dan cuba untuk ikut kempen ini dengan sebaik mungkin. Banyak sambutan yang menggalakan. Rasanya, banyak yang dapat dijimatkan jika satu Bumi ini tidak menggunakan elektrik dalam tempoh beberapa minit.
Seperti yang kita tahu, Bumi ini hanya ada satu. Tak ada dua atau tiganya. Malah, dipercayai Bumi ini juga sudah tua dan sudah banyak pencemaran yang berlaku. Jadi, salah satu cara untuk memulihkan dan membantu Bumi tercinta kita inilah adalah melalui kempen-kempen seperti Earth Hour. Earth Hour 2011 ini mungkin adalah satu langkah kecil tetapi tidak mustahil untuk beri impak yang besar dalam kehidupan kita yang penuh dengan pencemaran, peperangan dan persengketaan. Jadi, mari kita sambut hari menyelamatkan bumi ini beramai-ramai sebagai satu sokongan kepada Bumi ini pada 26 Mac 2011. Biarpun Bumi tidak boleh bersuara, tetapi aku yakin, Bumi pasti terharu dengan usaha yang kita jalankan.

Boleh daftar untuk menyokong kempen Earth Hour kat bawah : 
Sokong Kempen Earth Hour 2011

SELAMAT BERGELAP UNTUK KESIHATAN BUMI KITA


Thursday, March 24, 2011

Ayam Goreng Simple Mimple......



Malam ni episod ratah meratah. Kontrol makan nasi malam katanya...kakakaka.... . Buat untuk anak2 makan, mummy n daddy tumpang sikit2 saja la...memeriahkan keadaan. Mai la tengok, nak cerita panjang pun malu, senang sangat resepi ni......


Bahan :
  • 10 ketul drumet
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Sedikit daun kari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Sediakan mangkuk besar, gaul ayam dengan semua bahan bertanda * perap antara 1/2 hingga 1 jam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan taburkan daun kari. 
  3. Goreng hingga garing, sedap dimakan ketika panas. 


    Musical Fountain......


    Mr.mama n family pi lepak kat 'Perdana Park', Tanjung Aru ahad lepas. Perdana Park ni kiranya taman rekreasi keluargala di Kota Kinabalu, Sabah. Tempat dia memang luas sangat....ada jogging track, child playground, fitness gym and bla...bla...bla....dan yang paling menjadi daya tarikan kat situ "Musical Fountain"..semua tau kot apa tu musical fountain. Air pancut dengan lampu2 yang menarik bergerak mengikut alunan muzik yang dipasang....memang cantik sangat. Musical Fountain bermula dari jam 7pm sampai la 9pm. Ada 5 seisi kalau tak silap mr.mama dan setiap seisi tu dalam 10 - 15minit la. Nak tercabut tangan mr.mama dok pegang kamera...hehehehe.... Video kat bawah ni kalau x cantik jangan gelak ya...biasala AMATUR ambik jadi macam tu la (tangan cam ketaq2 saja).... . Mai la pakat tengok noooo....kat bawah nie.Untuk pengetahuan semua 'Perdana Park' ni baru ja dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd. Najib Tun Razak pada 28/01/2011 (Jumaat).


     
















    Wednesday, March 23, 2011

    TQ Laguna Merbok

     


    Dapat lama bebenooo tak dapat 'AWARD', ingatkan tak dak yang sudi nak bagi dah...hehehehehe... Mr.mama dapat dari Shaiful Zaidi, tima kaseh bebanyak-banyak la yeee... Lagi pun memang dituntut sangat2 pun dalam Islam untuk kita mengeratkan tali siratulrrahim sesama manusia tak kira apa bangsa, keturunan dan agama....... .
    Psstt : orang kampung mr.mama gak tu (Sungai Petani) hahahahha.....


    Popia Ayam....


    Mai la join mr.mama sarapan pagi ni, walaupun rasanya dah lewat kot tapi boleh lagi ni..masih panas2 lagi. Asalnya tu inti ni lebihan dari buat puff, check dalam esbok ada kulit popia so the line is clear la..kakakaka.. . 
    Karang nanti2 mr.mama post yang puff plak yaaa. Dapat la dalam 15 biji, cukup la habuan sarapan pagi....Alhamdulillah kenyang..semoga mendapat berkat dariNYA. Semoga hari ni bertambahlah rezeki mr.mama dan anda semua...AMIN. Oklah mai kita pakat2 tengok n Selamat Menjamu Mata.....



    Bahan A
    • Kulit popia
    Bahan B
    Inti Popia
    • 200 gram isi ayam (dipotong dadu/kecil2) - basuh dan toskan 
    • 2 sudu besar lada hitam      - ditumbuk halus
    • 1 sudu besar jintan putih     - ditumbuk halus
    • 1 sudu besar jintan manis    - ditumbuk halus
    • 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
    • 2 biji bawang besar (dipotong dadu/kecil2)
    • 2 biji cabai hidup (dipotong dadu/kecil2) 
    • Daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 3 sudu besar minyak masak
    • Air secukupnya
    • ** lada hitam, jintan putih dan jintan manis harus direndam bersama dalam air panas selama 5 minit sebelum ditumbuk.

    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak dalam kuali.
    2. Tumiskan lada hitam, jintan manis dan jintan putih yang ditumbuk. (jangan terlalu lama nanti hangit)
    3. Masukkan isi ayam yang dipotong dan kacau sebati, biarkan selama 5 minit kemudian masukkan air.
    4. Setelah isi ayam separuh masak, masukkan bawang besar, ubi kentang dan gula. Masak sehingga isi ayam dan ubi kentang empuk.
    5. Masukkan garam dan masak hingga separuh kering.
    6. Perlahankan api kemudian masukkan cabai, daun bawang, daun sup dan masak sehingga kering.



    Tuesday, March 22, 2011

    He3x.........


    Mr.mama terpanggil nak berkongsi n3 ini. Sekali imbas baca tak berapa nak jadi slang tu, bila dah try 2...3 kali sampai tegeliat lidah2 tu baru la paham....kalau dah paham mesti la gelak .....kakakakakaka... . Pandai la sapa yang dok rajin memikir sampai macam ni... . Mr.mama tabik spring sama pencipta nama2 ni. Mai pakat2 gelak mai.... .

    • Yang bisu - KIETA TADASORA 
    •  
    • Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
    • Yang Pemarah - KEIJI CACIMAKI
    •  
    • Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
    •  
    • Yang suka layan blues - APO NADIKATO
    •  
    • Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
    •  
    • Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
    •  
    • Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
    •  
    • Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
    •  
    • Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
    •  
    • Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
    •  
    • Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
    •  
    • Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
    •  
    • Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI                                          


    Ayam Kari Beriani


    Semalam mr.mama post 'Nasi Beriani', hari ni mr.mama post lauk untuk jadi regu kepada nasi tu.... . Yang ni hasil air tangan wife mr.mama, mr.mama tolong makan saja..kakakaka... . Ok la kan....wife ambik kat blog mana tu mr.mama dah tak ingat la, dia ada bgtau kat mr.mama....tapi lupa la. Kalau tuan empunya resepi ni terbaca, ni nak minta kopi n pes la dari mr.mama ya.... . Mai la pakat renung n Selamat Menjamu Mata...


    Bahan-bahan :
    • 1 ekor ayam - potong ikut suka
    • 1 biji bawang besar - dikisar
    • 4 ulas bawang putih - dikisar
    • 1/2 inci halia - dikisar
    • 1/2 sudu lada hitam - dikisar
    • 2 sudu besar rempah kari ayam
    • 2 sudu besar rempah beriani
    • 2 sudu besar cili kisar
    • 1 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tomato
    • 2 cawan air
    • 1/2 cawan susu segar
    • 1 biji tomato - dibelah 4
    • Garam dan gula secukup rasa
    Bahan tumis :
    • 1 batang serai - dititik
    • 1 helai daun pandan
    • 4 tangkai daun kari
    • 2 ulas bawang merah - dimayang
    • 4 sekawan bahan tumis
    • Sedikit minyak

     Cara-cara :
    1. Tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
    2. Masukkan bahan yang dikisar, kacau sebati.
    3. Masukkan rempah kari, rempah beriani, cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau sebati
    4. Masukkan 2 cawan air, kacau dan biar mendidih.
    5. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa, kacau dan masak hingga ayam empuk dan pecah minyak.
    6. Masukkan susu segar dan tomato, biar mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.


    444



    Sebelum mr.mama dok melalut ke laut, mr.mama nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH untuk semua yang sudi BERKUNJUNG dan yang juga sudi menjadi FOLLOWER blog mr.mama ni. Tanpa KALIAN semua mr.mama tentu tak akan sampai tahap macam ni walaupun blog mr.mama ni boleh dikatakan, bukan boleh dikatakan tapi memang masih TERRRRRSANGAT BARU dalam dunia BLOGGING ni terutamanya dalam dunia MASAKAN. Tima kaseh juga buat OTAI2 blogger masakan yang sudi bertukar-tukar pendapat dan berkunjung ke blog mr.mama ni, semoga mengeratkan silaturrahim kita semua walaupun hanya berhubung di alam maya.
    Ni mr.mama nak ucapkan tima kaseh juga kepada FOLLOWER mr.mama yang ke-444 iaitu ZurHeritage, atau blognya http://zurheritage.blogspot.com/. Kebetulan la pulak mr.mama pun dari Sungai Petani jugak...hehehehe.... . Sekampung la kiranya. Lastly mr.mama berharap semoga persahabatan antara blogger2 semua semakin erat dan dapat berkongsi dan bertukar fikiran antara kita supaya blogger2 dari Malaysia dapat menjadi yang terbaik dan berdaya saing di mata dunia. Bagi mr.mama masing2 ada kelebihan tersendiri cuma kita kena pandai menggunakannya sebaik mungkin. I LAP U ALL LAH......





    Monday, March 21, 2011

    Nasi Beriani Utara


    Nyumm...nyumm...amacam menu tengahari mr.mama, dah keturunan pun made in mamu penang...mana bleh nak lupa nasi beriani ni. Dalam sebulan tu kadang2 sampai 3...4 kali buat haaa.., paling koman2 pun mesti ada sekali jugak. Regu dia mr.mama buat 'Ayam Kari Beriani' dengan 'Kerabu Timun+Nenas'. Yang 2 tu nanti mr.mama post pada n3 akan datang yaaa..... . TUNGGUUU..... . Berbalik pada n3 sekarang ni mai kita p tengok n Selamat Menjamu Mata... .

    Bahan-bahan :
    • 4 cawan beras basmathi -basuh dan toskan
    • 4 cawan air
    • 1/2 susu cair
    • 2 sudu besar rempah beriani 
    • 2 sudu rempah beriani MAGGI
    • 3 helai daun pandan
    • 1/2 cawan daun ketumbar
    • 1/2 cawan daun pudina
    • 1/4 cawan kismis
    • garam dan gula secukup rasa
    Bahan Kisar :
    • 1 biji bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia kisar
    • 4 biji badam
    • 4 biji gajus
    Bahan Tumis :
    • 1 batang serai - dititik
    •  1 batang kulit kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 2 biji buah pelaga
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 sudu besar mentega
    • 1 sudu besar minyak masak

     Cara-cara :
    1. Panaskan minyak sapi, minyak masak dan mentega ke dalam periuk.
    2. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau.
    3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar, kacau sebati.
    4. Masukkan rempah beriani dan beriani MAGGI, kacau sebati. Biar mendidih.
    5. Masukkan air  dan susu cair, badam dan gajus yang dikisar halus.
    6. Masukkan juga daun pandan, daun ketumbar dan daun pudina, juga sedikit garam dan gula. Masak hingga mendidih.
    7. Masukkan beras yang telah ditoskan, kacau sikit bagi sebati.
    8. Bila air nasi hampir kering, taburkan kismis, kecilkan api, tutup periuk dengan tudungnya hingga nasi masak.
    9. Kareh nasi tadi balik2 secara perlahan. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.


    Irish Cookies


    N3 cookies ni resepi daripada makcik my wife yang terkenal di kampung dengan pelbagai jenis biskut bila menjelang aidilfitri. Salah satu daripada yang terkenal tuu..hi haa....kat bawah ni... mr.mama ada adjust sikit ikut stok bahan yang sedia ada di rumah....... . Sepatutnya bentuk asal tu bentul 4segi tepat, main dengan benda tak dak terpaksa la tukaq dengan apa yang ada. Nk post semalan tak lepas, mata nak buka pun kena tongkat dengan mancis....hahahaha...ngantuk kaw2 punya. Jadi terpaksala pospone untuk hari nie, tu pun lewat gak...kakakaka... . Apa2 pun mai pakat tengok apa sudah jadi... Selamat Menjamu Mata....


    Bahan-bahan : 
    • 200 gram butter 
    • 100 gula halus 
    • 1 biji kuning telur 
    • 1 sudu esen vanilla 
    • 1 sudu kecil esen kopi 
    • 1 sudu kecil Nescafe + 1 sudu air
    •  270 gram tepung gandum 
    • ½ sudu teh baking powder 
    • 50 gram conflakes (blend halus) 
    • 100 gram tepung ubi kayu 
    • 50 gram coklat rice - (mr.mama ganti coklat chip)
    Hiasan: 

    • Gajus – dipanggang (mr.mama ganti badam & love tib)
    • Kuning telur
    Cara-cara : 
    1. Sediakan mangkuk besar, masukkan butter, gula halus dan kacau sebati.   
    2. Masukkan kuning telur, esen vanilla, esen kopi, nescafe dan kacau sebati. 
    3. Masukkan baking powder dan tepung gandum, dan tepung ubi, gaul sebati menjadi doh. 
    4. Masukkan conflakes, uli doh hingga betul2 sebati.   
    5. Masukkan coklat rice, uli perlahan supaya coklat rice tidak hancur.
    6. Terap ikut acuan yang sesuai.
    7. Sapukan kuning telur dan hias dengan gajus.
    8. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170 darjah celcius.


    Sunday, March 20, 2011

    Sambal Bilis Kering


    Resepi asal daripada linapg@TMK, tapi mr.mama copy resepi ni kat My resipi, tapi mr.mama ada olah sikit ikut citarasa mr.mama ..he..he..he..biasalah terpaksa menderhaka sikit ikut tekak dan tangan ni. Memang sedaplah kalau makan dengan nasi. Tqsm pada linapg coz sudi berkongsi resepi ni dan minta izin kopi n pes ya... . Lepas settle ja nasi mr.mama continue pulak dengan ratah saja...kakaka. Ikan bilis tu kena goreng bagi lama sikit baru kerangupan ikan bilis tu bertahan lama, masyuk pulak ngan kacang n ubi mmmm......CLEAR cakap luuu.... . Mai kita tengok....Selamat Menjamu Mata.. .

    Bahan-bahan :
    • 1 cawan kacang tanah
    • 1 cawan ikan bilis belah
    • 4 biji kentang -buang kulit, potong ikut suka
    • 3ulas bawang merah - dikisar
    • 1 ulas bawang putih - dikisar
    • 10 biji cili kering - direbus dan kisar     
    • 1/4 inci belacan - dikisar
    • 2 sudu makan sos tiram
    • 2 sudu makan madu
    • Sedikit garam dan gula 
    • Minyak untuk menggoreng
    Cara-cara :
    1. Goreng kacang tanah hingga masak, ketepikan
    2. Goreng kentang hingga masak keperangan dan ketepikan.
    3. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
    4. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sekejap, kacau hingga mendidih.
    5. Masukkan sos tiram dan madu sedikit garam dan gula, masak hingga pecah minyak dan garing.
    6. Matikan api, biar sambal hampir sejuk atau suam2 kuku, baru dimasukkan kentang, kacang dan ikan bilis yang digoreng tadi.
    7. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

    
    


    Bun 'LENGA'.....?

    Tenggelam timbul...tenggelam timbul mr.mama semenjak 2 menjak ni, maaf la kengkawan bz bukan dah tahap gaban dah...dah nak sampai ke tahap PM dah ni. Ada benda...ada perkara yang yang nak kena selesai kan, kena pulak gaya laptop pun tak siap lagi time tu. Baru siap 2 hari lepas, tu pun campak kat tepi ja....dok kalut dengan benda lain dulu.... . Nak terjah blog kawan2 pun tak sempat, pagi ni ada la sikit lapang....so kena gunakan sebaik mungkin la..... . N3 kali ni adalah segmen roti-meroti, mmmm.....nengok daging burger banyak stok dalam esbok so kena cari jalan penyelesaian untuk nak selesaikan daging burger tu hahahahahaha.... . Dah penah buat dah bun ni cuma kali ni kelainannya ada tabur bijan saja (kalau utara mari depa panggil 'LENGA'). Ok....Selamat Menjamu Mata.

    Bahan :
    • 175 ml air
    • 1 sudu kecil garam
    • 4 sudu besar gula
    • 1 biji telur ayam
    • 1 sudu besar mentega
    • 4 sudu besar susu tepung
    • 3 cup tepung roti
    • 1 sudu kecil bread improver
    • 1 sudu besar yis
    • 1/2 sudu kecil bread softener


    Cara :
    1. Masukkan dalam BM ikut urutan BM masing2.
    2. Pilih setting 'dough' , tekan start. Tunggu hingga siap.
    3. Keluarkan dari BM, bentukkan bulat2 setiap satu 100gram.
    4. Rehatkan doh hingg naik, lebih kurang 45 minit.
    5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak dengan suhu 160C.
    6. Sapukan permukaan roti dengan mentega selepas keluar dari oven.
    



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...